IMEJ INOVASI


Berikut merupakan beberapa alat yang mampu membantu dan memudahkan urusan harian golongan kurang upaya bagi menjalankan kehidupan dengan lebih mudah. dengan adanya alatan canggih yang direka khas membolehkan mereka memiliki kehidupan yang lebih sempurna seperti golongan tipikal yang lain. berikut merupakan alatan yang direka bagi membantu kolongan kelainan upaya seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran dan kecacatan fizikal. 

MASALAH PENGLIHATAN 
1. Tongkat Mygo

Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil Mygo. Mygo menggunkana “sensor-kamera” untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda yang berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. Ketinggian tongkat ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian, tahan lasak dan kalis air. Menggunakan bateri lithium-ion yang bertahan selama 6 jam. Tongkat ini berharga $200.


2.Voice stick

Voice Stick telah dicipta oleh Sungwoo Park. Voice Stick ini mempunyai bentuk yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana. Alat ini akan “membaca” teks dengan kuat. Teknologi OCR akan mengimbas perkataan dan menukarkannya sertamenterjemahkan perkataan kepada teks. Kemudian perisian untuk menterjemahkan teks kepada suara igunakan untuk membolehkan golongan masalah penglihatan membaca surat khabar, buku dan sebagainya. Alatan ini menggunakan prinsip yang sama seperti alatan terjemah bahasa yang lain. Ainya boleh didapati di USA, Canada, kawasan barat Eropah dan kawasan Bandar besar di sekitar Asia dan Amerika Latin.


3. Braille Sense PLUS


Braille Sense PLUS ialah sejenis alat yang digunakan untuk membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan menggunakan papan kekunci Braille. Saiz alat ini adalah kecil dan mempunyai reka bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai fungsi antaranya ialah“word processor”, “web browser”, “schedule manager”, dan “media player”.Alat ini juga mempunyai perisian internet yang membolehkan penggunannya menghantar e-mel dan boleh dihubungkan kepada komputer menggunakan USB, memori CF dan Bluetooth. Selain itu, kemudahan audio seperti MP3, MP4, WAV yang dilengkapi dengan set kesan bunyi seperti “BassBoost”, gema dan kesan 3D. Perisian audio ini juga membolehkan pengguna untuk merakam suara. Alat ini adalah sangat mahal dan tidak terdapat di Malaysia dan hanya boleh didapati di negara-negara yang maju seperti Jepun, Kanada, German, dan Perancis. Alat ini sangat membantu terutama kepada golongan OKU penglihatan yang menggunakan medium Braille kerana alat ini memang direka khas untuk mereka dan memudahkan mereka di tempat kerja atau belajar. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh menterjemah tulisan Braille kepada tulisan biasa.


4. Braille e-book



Frenchman Louis Braille merupakan seorang insan yang menjadi pencetus kepada kehidupan OKU maslah penglihatan apabila beliau mencipta Braille pada tahun 1982 bagi membolehkan golongan yang mempunyai masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera yang sebelum hanyalah mimpi bagi mereka. walau bagaimanapun pencetakan tulisan Braille adalah tidka sesuai untuk teks yang panjang kerana kos yang tinggi. Oleh itu, sekumpulan pereka telah berusaha untuk mengatasi maslah yang dialami oleh mereka. Seon-Keun Park, Byung-Min Woo, Sun-Hye Woo and Jin-Sun Park telah mencipta satu alat baru yang inovatif iaitu “Braille EBook”. Braille E-Book ini boleh digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip yang besar yang membantu untuk menjimatkan ruang dan kos. Braille E-Book, menggunakan teknologi EAP yang berfungsi untuk mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik. Walau bagaimanapun, alat ini tidak banyak terdapat di dalam pasaran kerana harga pasaran yang tinggi.


5. BRAINPOINT



Brainport telah dicipta oleh seorang saintis daripada Universiti Pittburg. Alat ini menggunakan teori yang sama seperti koklea implant iaitu kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke otak melalui lidah. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon.





 6. Kamera Braille Polaroid 
Alat ini telah dicipta oleh Son Seunghee, Lee Sukyung, dan Kim Hyunsoo. Alat ini membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan terutamnya yang buta untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu objek dan merakamkan kenangan mereka melalui gambar seperti orang tipikal yang lain. Pereka alat ini telah memenangi anugerah Red Dot design concept pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, produk ini masih berada dalam peringkat konsep dan belum terdapat di pasaran. Produk atau alat ini menggunakan prinsip yang hamper sama dengan kemera conventional tetapi gambar yang dihasilkan adalah dalam bentuk timbul bagi membolehkan orang yang mengalami masalah penglihatan untuk merasai tekstur gambar tersebut. 


MASALAH PENDENGARAN
7. B&D messenger.
B&D messenger mempunyai saiz yang kecil, ringan dan murah. Produk ini direka khas untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan dan/atau masalah pendengaranuntuk memudahkan mereka berkomunikasi sesame sendiri mahupun dengan pengguna telefon bimbit biasa. B&D Messenger ini terdiri daripada LCD, papan kekunci standard numerik, dan papan panel huruf Braille. Untuk menggunakannya, B&D Messenger ini harus terhubung ke sebuah komputer yang seterusnya akan menerjemahkan bahasa Braille menjadi teks biasa, mahupun sebaliknya bergantung kepada keperluan. Untuk individu bermasalah penglihatan, butang Braille yang direka khas boleh digunakan untuk menulis mesej manakala untuk membaca mesej pula mereka boleh memilih sama ada ingin membaca mesej tersebut dalam Braille ataupun diterjemahkan dalam bentuk pertuturan.


KECACATAN FIZIKAL 

8. Mouse kaki untuk orang kurang upaya

Lazimnya sebuah tetikus atau yang sering disebut dengan mouse digunakan dengan menggunakan tangan. tapi, ada sebuah mouse yang didesign oleh Liu Yi yang cara penggunaannya tidak menggunakan tangan melainkan menggunakan kaki. Penggunaan mouse ini menggunakan kaki ini dibuat bagi orang cacat yang tidak boleh menggunakan tangan mereka untuk menggunakan mouse. sehingga dengan adanya mouse yang disebut toe mouse ini seorang cacat mampu menggunakan mouse. Cara penggunaan toe mouse ini pun  mudah. Tidak berbeza dengan mouse biasa , mouse ini juga memiliki tombol klik kiri dan juga tombol klik kanan. cukup meletakkan mouse ini diantara ibu jari kaki dan jari sebelahnya maka mouse kaki ini pun boleh digunakan. Mouse ini pun juga dilengkapi dengan wireless sehingga penggunaannya boleh semakin mudah kerana tidak adanya kabel yang mengganggung.

9. Teknologi Scotland untuk kanak-kanak yang kurang upaya


Sistem ini adalah hasil projek tahunan yang panjang hasil kerjasama antara saintis pengkomputeran dari Universiti Dundee dan Aberdeen dan juga dari scotland. Alatan ini menggunakan sensor, kad sapu, dan 1peranti rakaman mengumpul maklumat mengenai apa yang kanak-kanak gunakan disekolah hari ini. Selain itu sisitem ini direka untuk menyokong kanak-kanak lebih interatif serta membolehkan kanak- kanak untuk bercakap dengan mudah mengenai apa yang mereka alami disekolah dan cepat menjawab soalan.


10. Japanese 'robot suit'

Sebuah Syarikat Jepun telah mengumumkan ciptaan “robot suit” yang direka untuk membantu orang ramai dengan anggota badan yang lemah atau yang mengalami masalah jarak fizikal yang terhad untuk berjalan dan bergerak seperti orang tipikal. Seberat 23kg, terdiri daripada anggota robotik dan ransel yang mengandungi bateri dan sistem komputer. Ia diikat pada badan dan dikawal oleh pemikiran Apabila seseorang cuba untuk bergerak, isyarat saraf yang dihantar dari otak ke otot,dan sangat lemah kesan isyarat-isyarat ini boleh dikesan pada permukaan kulit.
Isyarat-isyarat ini menggunakan sensor menahan kulit pemakainya, dan isyarat dihantar ke suit memberitahu suit itu untukbergerak bersama dengan anggota badan sendiri pemakai.teknologi boleh mempunyai pelbagai aplikasi, termasuk dalam latihan fizikal dan pemulihan, menambah tambahan "otot" untuk tugas berat, dan walaupun dalam operasi menyelamat dan pemulihan.

11. Peranti Kawalan Alam Sekitar direka bagi orang kurang upaya fizikal. (Abilia)
Abilia merupakan produk kawalan alam sekitar yang direka untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit neuron motor, kecerdasan tulang belakang, sklerosis ,cerebral palsy dan strok. Ciptaan ini adalah untuk mengekspresikan diri dan berinteraksi dengan dunia sekeliling mereka. Dengan kawalan melalui skrin sentuh sama ada, atau melalui pengimbasan suis, produk- produk ini membantu pengguna yang mengalami masalah fizikal untuk mengambilm kawalan persekitaran mereka dan kebebasan mereka.


12. Alat membantu OKU bertapak di Kutub Selatan
Sampai ke Kutub Selatan adalah satu pencapaian yang besar di mana kebanyakan orang tidak berani menaruh harapan. Walau bagaimanapun, Geran Korgan, seorang atlet yang berani dan kurang upaya yang hilang kawalan ke atas kakinya selepas kecederaan dramatik adalah satu langkah lebih dekat untuk mencapai matlamat beliau dengan dua konsep inovatif hijau. Yang pertama adalah sistem photovoltaic, Sherpa 120 Pengembaraan Kit, dibangunkan oleh Goal Zero, direka untuk menjana kuasa semua jenis alat, daripada telefon pintar dan komputer riba, GPS, lampu dan peranti USB. Kit datang dengan panel solar dan boleh cas semula peranti dalam cara yang mesra alam dalam sehingga 5 jam. kedua adalah sepasang stoking dipanaskan berteknologi tinggi, yang dilancarkan di pasaran oleh satuan Therma-ic, yang dilengkapi dengan pek bateri PowerSock, mengekalkan kehangatan kaki Korgan dan membantu dia menyelesaikan misinya.



No comments:

Post a Comment