GGGE2153
TEKNOLOGI
DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN:
ESEI
KUMPULAN
TAJUK:
AUTISME DAN
TERAPI
NAMA AHLI
KUMPULAN:
NOR AFIRA BT AHMAD A150582
NORADIBAH BINTI IBRAHIM A150676
ATIRAH IZZAH BT MAT NOOR A150688
SITI NURBAYAH BINTI SH AHMAD A151257
NURUL NABILAH BINTI ABDUL WAHAB A150249
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pendahuluan
Pengenalan
Apa itu autisme
Apa itu terapi
Jenis-jenis terapi
Kepentingan terapi
Cadangan intervensi dan khidmat
sokongan
Refleksi
Kesimpulan
Rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, syukur ke hadrat illahi
Allah S.W.T. kerana memberikan kami kesihatan yang cukup, masa dan kematangan
fikiran untuk menyiapkan esei kumpulan berkaitan Autisme dan Terapi ini
dengan jayanya.
Pertamanya, ucapan penghargaan ini
didedikasikan khas kepada pensyarah kursus GGGE2153
Teknologi Pendidikan iaitu Encik Md
Yusoff bin Daud kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau
telah membuka ruang dan membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam proses
menyiapkan laporan kerja kursus ini.
Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
Jazakallahu Khairan Kathira. Amin.
PENDAHULUAN
Kehidupan kanak-kanak autistik memang misteri. Tiada siapa
dapat membaca apa yang berlegar dalam fikiran mereka, terutama apabila
kanak-kanak istimewa ini mula menunjukkan perangai pelik seperti berlagak
pekak, menjadi terganggu dengan perubahan kecil pada persekitaran dan
mencederakan diri sendiri.
Autisme mungkin tidak ada dalam senarai perkataan yang biasa
digunakan tetapi jangan terkejut atau hairan kerana kanak-kanak seperti ini
mungkin ada di sekitar tempat tinggal anda. Terdapat ramai individu dengan
autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat,
simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang
mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan.
Keadaan fizikal kanak-kanak autisme yang normal seperti
kanak-kanak lain membuatkan kelainan yang ada pada mereka sukar dikesan
melainkan anda melihat beberapa gejala biasa yang mungkin ada pada mereka.
Kerajaan memang berhasrat mewajibkan semua kanak-kanak istimewa diberi
pendidikan, namun kemudahan bagi kanak-kanak autisme belum mencukupi.
Kanak-kanak autisme memerlukan perhatian yang khusus dan
pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak istimewa lain. Manakala di
Sekolah Pendidikan Khas, kekurangan guru khas dan bilik darjah yang kurang
sesuai. Dari segi tenaga pengajar pula, mereka tidak mempunyai latihan ataupun
latihan formal yang mencukupi dalam pendidikan khas seperti di
Barat. Kanak-kanak autisme selain daripada memerlukan pendidikan asas khas
untuk membaca dan menulis, mereka perlu diasuh untuk menguruskan diri sendiri
untuk masa hadapan mereka.
Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling
sukar untuk memahami. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi
masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Biasanya sindrom autisme
lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina
perempuan, dalam nisbah 4:1
PENGENALAN
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan
kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah
pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak–kehendak
khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan individu dengan
kaedah – kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal,
alatan–alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi
yang dibuat ini semata–mata untuk menolong kanak–kanak khas untuk mencapai
kepuasan diri daripada segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka
berdikari.
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus
untuk memenuhi pelbagai keperluan murid–murid khas. “Pendidikan Khas merujuk
pada pendidikan bagi kanak–kanak luar biasa iaitu kanak–kanak yang dari segi
intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan
sekolah biasa. (Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).
Terdapat banyak lagi definisi kepada pendidikan khas ini.
Antaranya ialah:
"Satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas" Hallahan dan Kauffman(2006)
"Pendidikan
khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah,
di rumah, di hospital atau institusi lain" Friend
(2005)
"Program
Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta
menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara" Mansor (2005)
SIAPAKAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak lazimnya setelah melalui suatu program
pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun
terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana ciri-ciri mental, fizikal atau
emosi mereka yang berbeza daripada normal sehingga mereka memerlukan program
pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak
yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kumpulan
pelajar ini merupakan kanak-kanak berkeperluan khas.
KATEGORI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
Secara
amnya, kategori murid-murid pendidikan khas ini dapat dibahagikan kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran, murid-murid bermasalah pendengaran, murid-murid
bermasalah penglihatan dan murid-murid kurang upaya fizikal.
DEFINISI
MASALAH PEMBELAJARAN
i-
Individual with Disabilities Education Act (IDEA),
1997
Masalah pembelajaran
didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau
penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar,
berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka
yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan,
pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi.
ii-
The National Joint Committee on Learning Disabilities
(NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah
pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis,
membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca
daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila
tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial
mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan
menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran
mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori,
kerencatan mental atau gangguan emosi.
Orang
Kurang Upaya (OKU) ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilitinya merujuk
kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana
atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan
adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu
cacat daripada semua aspek (Hashim Omar
,1991).
Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela nasib
golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid pemulihan
khas dan berkeperluan khas. Pendidikan yang diberi menekankan kepada
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf
dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd
Dan, 2007).
AUTISME
Autisme
merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami sebagai
tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai
anak autisme, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang
membuat kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan
tentang autisme, psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta
kesannya terhadap perkembangan anak dengan autism di kemudian hari.
APA ITU AUTISME
CIRI-CIRI AUTISME
Peringkat bayi
Kebanyakan bayi autisme mengalami tanda-tanda autisme yang berbeza
ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang sering ditunjukkan.
1.
mengelakkan sentuhan fizikal
daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh
penjaga
2.
melembikkan badan jika
menjangka untuk diangkat.
Ketika bayi, mereka sering mempunyai
2 tanggapan yang berbeza dalam menunjukkan ciri-ciri autisme. Iaitu sering
dianggap sebagai pasif atau overly
agitated baby . Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam
dan tidak memerlukan perhatian atau membuat kerenah kepada ibubapa. Manakala
bayi overly agitated baby pula
merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa henti serta berjaga
sepanjang masa.
Peringkat kanak-kanak
Pada peringkat kanak-kanak pula ada
sesetengah kanak-kanak autisme mencapai tahap
perkembangan motor seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada
kanak-kanak biasa. Namun ada juga kanak-kanak autism yang mempunyai
perkembangan yang lewat. Kanak-kanak autistik sering ketinggalan dalam
aspek komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak.
Ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti
self-stimulatory behaviors iaitu pengulangan tingkahlaku yang
tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyangkan badan, mencederakan diri seperti
menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, eye-contact
yang lemah, tidak sensitif kepada sakit serta .hiper atau hipo.
Selain itu, kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian. Sekiranya berlaku perubahan kecil mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti sedih dan tidak tenteram. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mampu untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku dalam sesauti situasi. Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon.
Selain itu, kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian. Sekiranya berlaku perubahan kecil mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti sedih dan tidak tenteram. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mampu untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku dalam sesauti situasi. Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon.
Kajian
yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas
menunjukkan autisme ialah :
i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala
ii. masalah komunikasi: verbal atau non verbal
iii. kurang daya imaginasi
i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala
ii. masalah komunikasi: verbal atau non verbal
iii. kurang daya imaginasi
CIRI-CIRI UMUM AUTISME
1.
Bersendirian dan berjauhan.
-
Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan
berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai
sahaja. Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat
menembusi seseorang terutama ketika bercakap dengannya.
2.
Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak
normal.
3.
Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri.
-
Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan
tangan seolah-olah ianya baru dan pelik.
4.
Membuang masa pada sesuatu objek.
5.
Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek
tersebut.
6.
Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika
kehilangannya.
7.
Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan
fungsi sebenar objek tersebut.
8.
Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium,
perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat
menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.
9.
Tidak suka kepada
perubahan.
-
Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan
lain, jalan lain atau makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
10.
Menolak penerimaan belajar perkara baru.
11.
Marah jika perabot di dalam rumah diubah-ubah.
12.
Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.
13.
Tidak bertindakbalas jika ada individu cuba untuk berkomunikasi
dengannya.
14.
Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap
dengannya.
15.
Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.
16.
Tidak merasa sakit, panas dan sejuk.
17.
Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal
-
Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis,
menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan,
dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun
tanpa sebab.
Pertuturan
1.
Masalah pertuturan dan ada sesetengah autism tiada pertuturan
langsung.
2.
Pertuturan yang tidak sempurna
3.
Menggunakan perkataan mudah.
4.
Menggunakan perkataan berulang-ulang tanpa mengetahui
maksudnya.
5.
Menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu
perkataan.
Pergerakan
1.
Gangguan pergerakan.
2.
Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat
malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.
3.
Berbaring kaku tanpa bergerak dalam jangkamasa yang lama.
4.
Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding,
menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk,
berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan,
goyangan dan lain-lain lagi.
Pengetahuan ( high
functioning )
1.
Intelek yang luar biasa
2.
Pintar matematik
3.
Bijak ’ jigsaw puzzles ’
4.
Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama
dan lain-lain lagi.
5.
Cepat membaca dan menulis.
6.
Kemahiran mekanikal luar biasa.
JENIS–JENIS
AUTISME
Menurut Edelson ( 1999 ), berpendapat memandangkan masih tiada lagi
ujian fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh
itu cara untuk mendiagnosis adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri
tingkahlaku yang berkaitan.
Sebenarnya ramai individu autisme
mempunyai tingkahlaku yang berkait dan kecelaruan yang nyata bercirikan
autisme. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang disyaki mempunyai tingkahlaku
autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas. Autisme
tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom
Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom Wiliams.
1.
Sindrom Asperger mempunyai ciri
seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik,
ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. Mereka
mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mendapat kerja dan boleh
hidup berdikari.
2.
Sindrom Fragile X pula merupakan
satu bentuk mental retardasi long arm. Lebih 15% pengidap sindrom ini
menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. Tingkahlaku ini
termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, dan eye
contact yang lemah. Kebanyakan individu ini Semakin mereka membesar,
perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan
telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung.
3.
Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri
daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah
bahasa. Mereka sering dianggap menghadapi regressive kerana menunjukkan
ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun. Mereka juga mempunyai
corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa
tidur.
4.
Sindrom Rett merupakan
kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan
kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½
tahun. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang
memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. Bahkan
individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat
teruk.
5.
Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat
dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan
mempunyai masalah sosial. Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih
bersosial dan menghadapi masalah jantung.
APA ITU TERAPI
Asal usul terapi
Sejarah terapi cara kerja merupakan
satu kisah yang menarik. Ramai yang percaya bahawa terapi cara kerja ini
merupakan satu karier yang baru. Ini adalah kurang tepat. Perkembangan terapi
ini telah bermula sejak kewujudan manusia; ‘cara kerja’ atau ‘occupation’
telah menjadi tunjang survival (kemahiran untuk terus hidup) semenjak permulaan
zaman. Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang
bermaksud satu perkhidmatan. satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek
(kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"
Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.
Secara amnya, terapi ialah
kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan
tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Manakala, dalam konteks
pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu
seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Konsep terapi dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas
adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas.
Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan
halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,
sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu
murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di
atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi
dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, sesiapa yang
mempunyai masalah fizikal, emosional atau perkembangan boleh menemui ahli
psikiatrik, sekolah atau ibu bapa. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah
seperti prematurity, masalah kelahiran, kandungan pra matang, birth
defect, spina bifida, hiperaktif ADHD, perkembangan terbantut, cerebral
palsy, masalah sensori, autism, sindrom down, amputation, strok atau
angin ahmar, arthritis, kecederaan di kepala, dementia, diabetes, dan
sebagainya.
Terapi cara kerja bergantung kepada
sebuah persekitaran sosial yang menghargai seseorang individu dan percaya
bahawa setiap individu mempunyai kebolehan untuk bertindak atas sikap mereka
sendiri untuk mencapai kesihatan yang lebih baik melalui cara kerja. Masih banyak
cabaran yang perlu dilalui. Namun, masa depan adalah bergantung pada kita semua
sebagai manusia yang menghargai semua ciptaan Tuhan.
Keperluan terapi dalam pendidikan khas
Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk
:
1.
Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap
sesuatu kemahiran
2.
Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi
dan sosialisasi
3.
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan
psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
4.
Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
5.
Membina konsep kendiri
6.
Merangsang pengaliran darah dan oksigen
JENIS-JENIS TERAPI
a)
Applied Behavioral
Analysis (ABA)
ABA adalah sejenis
terapi yang telah lama digunapakai dan telah dilakukan penelitian yang sememangnya
khusus untuk individu autisme. Sistem ini dilaksanakan dengan memberikan
peneguhan positif / positive reinforcement (hadiah/pujian) kepada seseorang
individu sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu kebaikan atau mengikuti
arahan yang ditetapkan.
b) Terapi pertuturan
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi
bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh
memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya,
guru akan memulakan latihan atau intervensi awal supaya dapat membantu
murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap
bibir.
c) Terapi visual
Individu autistik
lebih mudah belajar dengan melihat (visual learners/visual thinkers). Keadaan
inilah yang membolehkan kaedah terapi visual ini digunapakai untuk
mengembangkan lagi kaedah belajar berkomunikasi melalui gambar-gambar yang
berkaitan.
d) Terapi Sosial
Masalah yang
paling besar dihadapi oleh individu autisme ini ialah dalam bidang interaksi
dan komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan bantuan dalam komunikasi
dua hala seperti berbual dan bergaul dengan rakan semasa bermain. Ahli terapi
akan membantu kanak-kanak ini dan memberikan panduan pada individu autism ini
cara bergaul dengan betul.
e) Terapi bermain
Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka
bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi
permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan
serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling
sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu
dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut.
Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu
dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini
Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang
mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan
kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan
rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya.
Perlu
dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma
dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai
juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping
menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.
f)
Terapi muzik
Terapi muzik adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah
satu terapi ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli
terapi muzik terlatih menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal,
emosi, mental, social, estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau
mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan
dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah
laku dan kemahiran sosial dan kualiti hidup.
g)
Terapi berkuda
Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow
Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association
(Sarda) mengata bahawa ‘menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan
orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda
tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan.
h)
Terapi cara
kerja
Terapi
cara kerja atau lebih dikenali sebagai Occupational (OT) adalah satu profesion
kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan
fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan
mereka berdikari dalam menghadapi aktivit kehidupan harian, produktiviti dan
pelbagai aktiviti riadah. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan
pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang
mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedikm medical, pediatric,
geriatric dan psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif
dalam mengadaptasikan dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar
boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap
kefungsian yang optima dalam kehidupan.
i)
Terapi pasir
Terapi pasir dalam pendidikan khas
merupakan pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi yang di sampaikan secara
teori dan amali supaya murid boleh dilatih menggunakan daya kreativiti mereka
ke peringkat yang maksimum.
j)
Terapi fisio
Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang
terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada
permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Terdapat beberapa
kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :
- Memotong
- Menggunting
- Mencabut
- Menguli
- Merenyuk
- Mencubit
- memicit
KEPENTINGAN
TERAPI
Untuk pengetahuan umum, terdapat dua profession yang dapat membantu
anak autisme iaitu terapi carakerja
(OT) dan terapi pertuturan dan bahasa (ST).
Terapi carakerja menumpukan kepada beberapa aspek penting.
a) Integrasi Sensori
Motor
Dari sumber National
Institute of Child Health and Development (2005), anak autisme kebiasaannya
melalui proses informasi sensori yang berbeza dari kanak-kanak lain. Terapi
carakerja (OT) berperanan juga untuk memahami bagaimana anak autisme bertindak
balas terhadap ransangan deria seterusnya akan cuba meminimakan kesan
negatif ke atas ransangan deria tersebut.
Sebagai contoh,
kanak-kanak yang mempunyai sensitiviti terhadap deria sentuhan seperti kapas
akan sentiasa mengelak untuk memakai baju atau lain-lain pakaian daripada
kapas. Jadi, pemulihan cara kerja akan bertindak untuk meminimakan/mengurangkan
sensitiviti tersebut dengan mendedahkan anak tersebut kepada kapas atau tektur-tektur
yang pelbagai.
b)Masalah tingkah laku
Anak-anak autisme mempunyai masalah tingkah laku seperti:
Anak-anak autisme mempunyai masalah tingkah laku seperti:
- Tidak
mahu duduk di atas kerusi
- Suka
menjerit
- Suka
baling barang
- Suka
memukul
- Suka
mengibas-ngibas tangan (flapping hand)
- Suka
memanipulasi orang di sekeliling
Untuk masalah tingkah
laku ini, seorang ahli terapi carakerja akan menggunakan teknik behavior
modification untuk memastikan anak autisme ini berkelakuan baik
sepanjang proses terapi. Di antara teknik behavior modification yang
selalu di gunakan adalah seperti menepuk tangan, memuji kanak-kanak seperti
“bagus”,“ woww…good job” selain itu time out dan reward
board juga sering di gunakan.
c) Masalah hubungan mata / eyes contact
Seperti apa yang kita tahu eyes
contact sangat penting dalam kehidupan di mana semasa kita bercakap
dengan seseorang hubungan mata antara satu sama lain mestilah berlaku.
Tidak di nafikan
kanak-kanak yang mempuanyai masalah autisme mempunyai eyes
contact yang sangat bagus dengan objek tetapi tidak dengan manusia. Mereka akan
cuba mengelak untuk melihat mata kita walaupun di paksa. Cara yang terbaik
untuk mengajar mereka ialah dengan menarik perhatian mereka untuk pandang ke
arah kita seperti membuat bunyi dan membawa bunyi tersebut ke arah mata kita
ataupun menunjukkan dan membawa objek ke arah mata kita.
Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana,
masalah sensori, masalah tingkah laku dan masalah eyes contact sangat penting
untuk di rawat kerana masalah ini lah merupakan penyebab mengapa anak autisme
tidak boleh untuk fokus, perhatian dan konsentrasi dalam aktiviti seharian.
d) Masalah kemahiran motor kasar dan motor
halus.
Kemahiran-kemahiran ini
sangat di titikberatkan oleh ahli terapi carakerja bagi memastikan perkembangan
anak autisme ini selaras dengan umur perkembangan mereka dan tiada perkembangan
yang terbantut. Ahli terapi cara kerja akan merujuk kepada milestone
perkembangan berdasarkan borang penilaian standard yang di gunakan (standardize
assessment). Jika terdapat anak autisme yang mengalami kemahiran yang
terbantut, kerjasama ibu bapa sangat di perlukan bagi mempercepatkan
kanak-kanak tersebut boleh mencapai umur perkembangan.
e) Masalah aktiviti seharian (Activity
of daily living-ADLs)
ADLs merupakan fokus
utama dalam terapi carakerja di mana kita mahu anak autism mampu berdikasi
dalam aktiviti seharian seperti boleh makan dan minum sendiri, boleh pergi ke
tandas sendiri, boleh menjaga kekemasan diri sendiri dan lain-lain.
Rawatan OT (Occupational
Therapy) ini dan konsultansi dari pakar dapat membantu anak-anak
autisme dan mengurangkan simptomnya. Mendapatkan rawatan di peringkat awal usia
anak adalah salah satu tindakan yang baik bagi mengelakkan ia menjadi masalah
dan tabiat yang berpanjangan.
CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN
Program intervensi awal memainkan
peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak autistik, terutamanya tempoh umur
di antara 0 hingga 6 tahun. Pemilihan
kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai boleh membantu kanak-kanak Autisme untuk
mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang
boleh diguna pakai adalah seperti berikut :
a) Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM)
BBM dapat membantu mempertingkatkan
tahap pendidikan dan pemahaman murid. Oleh hal yang demikian, penyediaan
carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut
menarik minat murid-murid autisme. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan
rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
seperti autisme akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih
berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid
khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual
yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan
pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.
b) Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
RPI adalah satu perancangan
pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka
pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autisme.
RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta
para profesional lain yang berkaitan.
c) Pengajaran Secara Individu
Zakaria Abdul Rahman (1992)
mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah
satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah
bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh
itu sebagai seorang murid autisme, pengajaran secara individu akan berlangsung
dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya.
Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan
mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut.
d) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan
murid-murid autisme membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran.
Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan
didengar kerana kanak-kanak autisme akan lebih faham akan sesuatu sekiranya dia
melihat gambar. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan
memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak Autisme dapat melihat perkara
yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan
persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke,
1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera
murid-murid autisme akan mempertingkatkan keupayaan mereka.
e) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power Point’ dalam komputer dan
‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang
kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk mempelajari
subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap
pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh, Edyburn (1991)
telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh
maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan
penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan
komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).
f) Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak autisme juga
seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan
fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental
kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati
lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan
selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara
semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini
dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke
kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina
keyakinan diri kanak-kanak “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini,
ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti
regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung
dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.
g) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu
murid-murid autisme menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka
bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan
aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid autisme, mereka
boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di
sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru.
Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk
mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan
bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.
h) Perkhidmatan Pemulihan
Perkhidmatan ini meliputi di
institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan
pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat,
persekitarannya dan seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi
ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan
penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli
masyarakat yang produktif.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas,
telah diwujudkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang
dikhaskan mengikut keperluan meraka. Pendidikan yang mana di sediakan untuk
mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak
berkeperluan khas ini.
Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO)
pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan
dan Pemulihan Harian Pusat jagaan ini adalah pusat jagaan harian dan latihan
pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program
yang dijalankan ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal
kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital
untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah.
REFLEKSI
Sepanjang proses menyiapkan tugasan
kumpulan kami berjalan, kami sangat berpuas hati dengan kerjasama yang
ditunjukkan oleh setiap ahli di dalam kumpulan kami kerana kami telah
menanamkan sifat tidak pentingkan diri dan juga susah senang bersama. Kami telah
menjalankan aktiviti temubual bersama dengan orang umum dan juga para pelajar
dari Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri untuk mengetahui tahap pengetahuan
mereka mengenai pendidikan khas terutamanya bagi masalah Autisme. Kami berlima
telah pergi ke Giant, Warta bagi mendapatkan responden-respon yang terdiri dari
orang awam yang bekerja dan membeli belah disitu.
Pada mulanya agak sukar
kerana terdapat ramai orang disitu dan laluan disitu agak sesak tetapi kami
tetap meneruskan temu bual kami untuk mendapat jawapan yang kami inginkan.
Terdapat juga segelintir orang awam yang tidak mahu diri mereka di temu bual
atau dirakam kerana malu dan juga tidak selesa untuk ditanya tentang hal-hal
yang mereka kurang tahu seperti pendidikan khas. Walaupun sebegitu, kami tetap
tidak berputus asa untuk mendapatkan individu-individu yang boleh memberi
kerjasama kepada kami bagi memudahkan tugas kami untuk diselesaikan.
Setelah
selesai, sesi temu bual bersama orang awam kami telah menuju ke cafeteria Kolej
Pendeta Za’ba bagi mendapatkan pelajar-pelajar yang mempunyai kelapangan untuk
ditemu bual mengenai Autisme ini. Kami agak terkejut kerana terdapat pelajar
yang mempunyai pengetahuan yang agak tinggi mengenai pendidikan khas dan juga
masalah Austisme walaupun mereka tidak mempunyai rakan atau ahli keluarga yang
terdiri dari golongan OKU. Kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan
oleh para pelajar UKM kerana mereka sangat mudah didekati dan sudi berkongsi
ilmu pengetahuan yang mereka ada kepada kami.
Bagi
menyelesaikan laporan dan video untuk sesi pembentangan, kami telah mencabut
undi bagi mendapatkan bahagian tugasan masing-masing untuk melengkapkan laporan
dan juga video. Semua ahli kumpulan dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
telah ditetapkan kerana kami semua memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi
menyiapkan tugasan kumpulan untuk kursus GGGE2153 Teknologi Pendidikan.
KESIMPULAN
Intihanya, sebagai masyarakat yang
prihatin kita perlulah mengetahui dan peka tentang pendidikan khas terutamanya
apabila terdapat ahli keluarga atau rakan handai yang mengalami masalah Autisme
atau lain-lain. Hal ini sangat penting kerana ilmu yang kita perolehi mengenai
Autisme dan terapi ini adalah untuk diaplikasikan seandainya terdapat
insan-insan yang kita kenali untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan
seharian mereka sama seperti insan yang normal. Ibu bapa dan juga orang awam
perlu memainkan peranan masing-masing bagi membantu kanak-kanak atau individu
yang mengalami Autisme untuk menjalani terapi-terapi yang telah disediakan
untuk memperkembangkan lagi cara hidup dan komunikasi mereka.
Kita
juga sedia maklum bahawa individu mempunyai ciri-ciri mereka sendiri yang
berlainan dari individu normal dan mereka juga mempunyai masalah yang berkaitan
dengan sensori motor, tingkah laku dan aktiviti seharian mereka. Hal ini kalau
dibiarkan, akan menjadikan individu Autisme tidak dapat meningkatkan kualiti
hidup mereka dan sentiasa akan bergantung kepada orang lain terutamanya ahli
keluarga dan rakan-rakan terdekat. Intervensi awal juga perlu digunakan seawal
3 tahun selepas ibu bapa mendapat khidmat nasihat dari pakar-pakar atau doctor
yang diiktiraf dan mempunyai kepakaran dalam Autisme atau pendidikan khas.
Selain itu, bagi meningkatkan pengetahuan
orang awam tentang pendidikan khas dan juga Autisme, pelbagai kaedah atau
pendekatan perlu di ikhtarkan seperti mengadakan kempen kesedaran semasa bulan
Autisme, mengedarkan flyers yang
mempunyai maklumat mengenai Autsime dan juga mengadakan seminar bagi ibu bapa
atau orang awam untuk meningkat pengetahuan mereka dan kemahiran mereka untuk
mengendalikan individu yang mengalami Autisme atau masalah lain yang berkaitan
dengan pendidikan khas. Tambahan pula, hal ini akan meningkatkan penerimaan
orang awam terhadap individu OKU di dalam Negara kita dan tidak akan wujud
sempadan atau perbandingan yang menyebabkan individu yang bekeperluan khas ini
menjadi terpinggir dan tidak diterima masyarakat.
RUJUKAN
Candini.M, .Giuberti. V et al, 2016.
Personal Space Regulation in Childhood Autism: Effects of Social Interaction
and Person’s Perspective. International Society for Autisme Research.
Crow, L. 1996. Including all of our lives: Renewing the social model of disability. Dlm. C. Barnes & G. Mercer (pnyt.), Exploring the Device 55-72. Leeds: the Disability Press.
Fenske. W.c, Zalenski. S et al. 2010. Age at Intervention and Treatment Outcome for Autistic Children in a comprehensive Intervention Program. Research in Autism Spectrum Disorder. Vol 5(1): pp 49-58
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Taha & Norasuzaini Sujak. 2009. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian di Malaysia, ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1, No 2: 18-29.
Ibrahim, F., & Herr, E. 1982. Modification of attitudes toward disability: Differential effect of two educational modes. Rehabilitation Counselling Bulletin, 26 (1), 29-36.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. http://www.kmph.matrik.edu.my/PIPP/moe_pipp_00.pdf [15 April 2010]
Triandis, H. C., Adampoulus, J., Brinberg, D. 1984 Perspectives and issues in the study of attitudes. Dlm. R.L. Jones (pnyt). Attitudes and attitude Change in Special Education: Theory and Practice. U.S.A.: The Council Of Exceptional Children.
Wood. J.J, Drahota. A et al. 2008. Cognitive Behavioral Therapy for Anxiety in Children with Austism Spectrum Disorder. Journal of Child Psychology and Psychiatry. Vol 5(3): pp 224-234
Crow, L. 1996. Including all of our lives: Renewing the social model of disability. Dlm. C. Barnes & G. Mercer (pnyt.), Exploring the Device 55-72. Leeds: the Disability Press.
Fenske. W.c, Zalenski. S et al. 2010. Age at Intervention and Treatment Outcome for Autistic Children in a comprehensive Intervention Program. Research in Autism Spectrum Disorder. Vol 5(1): pp 49-58
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Taha & Norasuzaini Sujak. 2009. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian di Malaysia, ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education Vol 1, No 2: 18-29.
Ibrahim, F., & Herr, E. 1982. Modification of attitudes toward disability: Differential effect of two educational modes. Rehabilitation Counselling Bulletin, 26 (1), 29-36.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. http://www.kmph.matrik.edu.my/PIPP/moe_pipp_00.pdf [15 April 2010]
Triandis, H. C., Adampoulus, J., Brinberg, D. 1984 Perspectives and issues in the study of attitudes. Dlm. R.L. Jones (pnyt). Attitudes and attitude Change in Special Education: Theory and Practice. U.S.A.: The Council Of Exceptional Children.
Wood. J.J, Drahota. A et al. 2008. Cognitive Behavioral Therapy for Anxiety in Children with Austism Spectrum Disorder. Journal of Child Psychology and Psychiatry. Vol 5(3): pp 224-234
No comments:
Post a Comment