PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
3 jenis program:
- Sekolah
Pendidikan Khas (SPK)
- Program
Inklusif
- Program Pendidikan Khas Integrasi
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- ditubuhkan
pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
- merancang
dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,
- merancang
dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman),
- merancang,
menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang
pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar
pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
- merancang
kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
- menyediakan
perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
- menyediakan
perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
- menyelaras
Program Pendidikan Pemulihan Khas.
PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)
- Satu
program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
- Satu
program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah
pembelajaran; dan
- Satu
program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang
boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.
JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:
(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
- Di
bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
- Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas
untuk murid bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).
(a) Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas
ialah:
- berumur
tidak kurang dari lima (5) tahun
- disahkan
oleh pengamal perubatan
- boleh
mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
(b) Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
- berumur
6+ hingga 14+ tahun
- Tempoh
minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
- disahkan
oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Semua
sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)
mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka
akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
- Kemudahan-kemudahan
yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan
minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang
berdaftar sebagai OKU).
- Murid
yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif
(c) Pendidikan Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
- berumur
13+ hingga 19+ tahun
- Tempoh
minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
- disahkan
oleh pengamal perubatan
- boleh
mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Pendidikan
menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
- Murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di
sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi
atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau
Pinang atau SMPK Setapak)
- Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah
pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian
dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
- Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk
membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau
vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya
mengambil STPM bagi yang layak.
- Mereka
yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah
menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan
Khas Integrasi.
(d) Pendidikan Pasca Menengah
Jabatan Pendidikan Teknikal juga
memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan
pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik,
perhotelan dan rekaan fesyen.